game memang boleh melekakan...tapi ape yg ema rase kan skarang ni amat berlainan..dalam seminggu dua ni ema sgt addicted dgn permainan di facebook iaitu farmville..permainan yg sangat best kerana boleh memberi kepuasan dan ketenangan...mesti ade yg tertanya-tanya kan?ye lh sebab korang dapat merasakan korang sebagai seorang usahawan dlm bidang ternakan dan tanaman yg berjaya...memberi kepuasan apabila melihat tanaman dan tanaman korang membuahkan hasil...ok at bwh ni ade gambar farmville ema...meh tengok!!!!

ni lah ladang saya...

proses penanaman..masa ni ladang saya masih kecil

lihat...ladang mula membuahkan hasil+ternakan semakin banyak.+ladang semakin besar=happy (^_^)
setiap kali nampak hasil macam ni...memang rasa sangat terujaapa yang bagus tentang permainan ini adalah ia kalau sebagai seorang pelajar yg harus membahagikan masa seperti saya ,permainan ni sangat sesuai kerana tidak memerlukan konsentarasi yang tinggi..dan tidak memerlukan masa yang banyak untuk bermain..selain itu ia mempunyai kebaikan di sebalik kesoronokkan..antaranya
- memupuk nilai kesabaran yang tinggi setiap kali menunggu hasil tanaman dan ternakan
- mengajar kita untuk menepati waktu..sebagai contoh kita perlu mengutip hasil tanaman pada waktu yg ditetapkan klu x ia akan layu dan mati
- megajar nilai murni agar menyayangi haiwan dan ternakan..
- merapatkan hubungan sesama rakan kerana kita boleh melawat ladang ternakan kawan kita dan sekaligus membantu kawan kita di ladangnya.
- yang terakhir,mengajar kita untuk tidak jadi seorang kedekut..ini kerana kita boleh memberi hadiah kepada rakan kita untuk membantu mereka membesarkan ladang mereka..


0 comments:
Catat Ulasan