Dulu kalau ade pertandingan sajak kat sekolah mesti baris pertama sajak tu akan berbunyi
"guru engkau umpama sebatang lilin"
Ema perasan kalau guna ayat ni mesti x kan menang lah(sebab ade pengalaman)…lagi-lagi kalau 5 @ 6 orang kawan korang gune ayat yang same(-_-")…hampeh….jangan haraplah nak menang…
Lagi satu ema rase kalau gune ayat "guru engkau umpama sebatang lilin " memang x relevan…kenape??? Meh ema kasi kelogikkan kenapa ayat "guru engkau umpama sebatang lilin" itu x sesuai digunakan...
1. Sebab harga lilin sekarang sangat murah wooh!!! Rm1.20 korang dah boleh dapat sekotak lilin…sedangkan ilmu yang guru berikan sangat mahal harganya dan hingga x ternilai…jadi memang x relevan guru nak disamakan dengan lilin
2. Lilin sekarang dah x pakai sangat…orang akan pakai bila terdesak jer…tapi guru???khidmat mereka masih diperlukan…tak kira lah…dulu…sekarang…mahupun selama-lamanya..
3. Lilin ..cahayanya hanya menerangi seketika waktu…jika ia terpadam gelap gelita lah hidup kita…tapi ilmu yang guru berikan????menerangi kita selama-lamanya…ya!!!selama-lamanya…malah ilmu itu juga boleh diguna hingga ke liang lahad jika suatu hari nanti kita dijemput PENCIPTA yang esa..
Begitu besarnya jasa guru pada kita…bagi ema jasa guru umpama :
Air terjun yang indah:
Sentiasa mencurah tanpa hentinya…memberikan kebaikan kepada manusia tanpa hentinya
Umpama matahari yang menyinar:
Menyinar menyinari semua…walau dimalam hari matahari akan memindahkan cahayanya kepada bulan supaya dapat menerangi seluruh manusia dalam kegelapan malam..
Jasa guru umpama lautan:
Lautan luas yang terbentang…memberi ketenangan …memberi rezeki kepada yang berusaha…memberi kebaikan kepada seluruh umat manusia…begitu juga guru…sentiasa menenangkan pelajar..memberi ilmu kepada semua supaya satu hari pelajar mereka boleh berdikari dan mencari rezeki sendiri..
Menjadi pendidik bukannya mudah kerana terpaksa melayan kerenah yang pelbagai…ya yang sangat pelbagai…
teringat dulu ema semasa di alam persekolahan…ema bukanlah pelajar yang cemerlang…bukanlah pelajar yang sopan santun…bukan lah pelajar yang pendiam… ema adalah pelajar yang sangat becok!!!suka buat bising…kuat bermain…berangan…memintas masa cikgu cakap!!!itulah ema…x kira samaada cikgu ada di kelas ataupun tiada ema suka sangat bercakap…ema and the geng…wohooo!!! Pernah dulu cikgu English x masuk kelas seminggu kerana merajuk dengan budak kelas kitorang…masa sekolah rendah pernah dihalau balik rumah sebab x bawak buku….ceh!!!nasib baik rumah dekat…(tapi penat jugak kena jalan kaki selama 15 min…haih!!!penat taw!!!sampai rumah plak mak gelakkan padan muka (-_-“) )…pernah dulu cikgu sejarah tendang pintu kelas sebab kitorang terlalu bising dan x bagi perhatian masa dia mengajar…ema jugak pernah kena denda jalan itik masa x siapkan folio geografi tingkatan 2..tengok betapa nakalnya semasa dialam persekolahan dulu…ema sangat tabik spring pada guru-guru sebab mereka berjaya mendidik ema sehingga ema dapat berdiri di tempat yang sepatutnya sekarang … tanpa jasa mereka ema dah tentu tak dapat menyambung pengajian di peringkat lebih tinggi…
terima kasih cikgu…jasamu akan ku kenang sampai bila-bila…ambil lah se rangkap pantun khas dari ema nekmah…eceececcece… (^_^)
cikgu garang sentiasa ditakuti
tapi semua cikgu sentiasa disayangi
terima kasih atas ilmu yang diberi
dan keikhlasan darimu yang tidak berbelah bagi
selamat hari guru (^_^)
love n faith ~~~ ema nekmah (^_^)


0 comments:
Catat Ulasan