hari ni merupakan hari raya aidil adha atau lebih popular kite panggil hari raya korban...cikgu sekolah agama ema (ustazah rasyidah) kata raya ni semperna peristiwa di mana nabi ibrahim telah mendapat mimpi bahawa Allah S.W.T menyuruh baginda menyembelih anaknya nabi ismail...nabi ibrahim berasa amat risau sekali..tetapi apabila diceritakan kepada anaknya ismail, dengan tenang nabi ismail menyuruh ayahndanya itu menyembelihnya seperti apa yang disuruh Allah...apabila mandengar kesanggupan anakya itu, nabi ibrahim pun menuruti untuk menyembelih anak kesayanganya itu...apabila tiba masanya,disaat menyembelih,nabi ibrahim memejamkan mata kerana tidak sanggup melihat anaknya walaupun hatinya ikhlas menurut perintah Allah S.W.T.. tetapi apabila membuka mata,satu keajaiban telah berlaku apabila Allah telah menukarkan nabi ismail dengan seekor kibas!!!nabi ibrahim berasa amat bersyukur..(yey ema masih ingat pelajaran sirah!!kalau cikgu terbaca mesti bangga(-_-") )...melalui peristwa inilah sehingga sekarang umat islam menyambut parayaan ini pada bulan zulhijjah dengan mengorbankan binatang ternakan mereka seperti,lembu,kambing,unta dan sebagainya dan disedekahkan pada mereka yang tidak berkemampuan..pada bulan zulhijjah ini juga merupakan bulan untuk umat islam menunaikan rukun islam ke-5 iaitu menunaikan haji..tidak hairanlah mengapa hari raya aidil adha ini juga kadangkala dipanggil sebagai hari raya haji..huhuhu

tapi ema sangat kagum dengan pengorbanan yang dilakukan oleh nabi-nabi kita untuk memenuhi perintah Allah(tabik spring3)..sanggup bekorban di jalan Allah...tapi anak muda sekarang????apa erti pengorbanan pada mereka??? bekorban tidak makan untuk beli baju berjenama?? korbankan keluarga demi kekasih??korbankan maruah demi keseronokan duniawi???hmmm..aku rasa para remaja kena berfikir...sejauh mana pengorbanan yang sanggup dilakukan untuk agama,negara dan keluarga.....kat sini ema bukan nak menasihat atau berlagak baik!!! tetapi hanya untuk mengingatkan diri sendiri dan pada sesiapa yang sudi membaca... (^_^)

p/s:x sabar nk makan nasi impit,rendang,ayam masak merah dan periuk kera!!!!sedap kot!!!

.jpg)